20 Februari 2010

Perihal Hati


PERIHAL HATI


“Sesungguhnya

Dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada ALLAH. Didalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH.

Dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH dan ketulusan berinteraksi denganNYA.
Dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tak mampu di tenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju ALLAH.

Dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali dengan keredhaan akan perintah, larangan, keputusan ALLAH yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNYA.”

0 comments: